Bicara Mukmin


Free shoutbox @ ShoutMix

Wednesday, December 12, 2007

Grup Alumni BRU/BANI MCKK

Assalamualaikum kepada semua.

Segala puji bagi ALLAH, selawat dan salam atas Rasul Tercinta Muhammad s.a.w. ahli keluarga serta seluruh para sahabat baginda.

Sukacita dimaklumkan bahawa telah dipersetujui bahawa Grup Alumni BANI/BRU wajar ditubuhkan sebagai salah satu resolusi daripada pertemuan yang diadakan dengan pihak BANI pada 2 Ramadhan 1428H yang lalu.

Maka dengan itu, anda semua yang merupakan lepasan MCKK yang mempunyai minat dan cita-cita besar sangat-sangat dialu-alukan untuk membantu menggerakkan grup ini. Kita sememangnya merancang pelbagai program yang mampu menegakkan kembali syiar Islam serta pembangunan jiwa-jiwa mukmin MCKK.

Anda sangat dialukan untuk mengemukakan pendapat bagaimana struktur jawatankuasa penggerak grup ini dapat digerakkan, modus operandi, pengkalan gerakan grup ini serta perancangan pengisian yang bakal diberikan kepada para pelajar MCKK dalam pembentukan fikrah Islamiah.

Sangat ditegaskan bahawa kita sangat serius dan komited untuk menggerakkan grup ini.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah.